Sunday, 10 July 2011

Komuniti Interaktif Portal Pendidikan Utusan

http://www.tutor.com.my/tutor/special/games/interaktif.asp?sp=games

Bahan Pembelajaran Interaktif Bahasa Melayu Sekolah Rendah

http://pkgseriampang.org/sal/

Permainan Bahasa Melayu sekolah Rendah

http://www.saujana.sg/Wiyata/PermainanBahasaSekolahRendah/tabid/3553/Default.aspx

Wednesday, 6 July 2011

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah


PERHATIAN SEMUA:
Jadual Peperiksaan:
Jumaat:
9.00 - 11.30 pagi : Bahasa Inggeris (ECOM)
3.00 - 5.30 petang : Kenegaraan Malaysia

Sabtu:
9.00 - 11.30 pagi : Pembangunan Sahsiah

Tempat: 
1)  UUM : DMAS / DTSO (akan dimaklumkan kemudian)
2)  Kelantan : Dewan Utama, USM Kubang Kerian
HARAP MAKLUM.

Saturday, 11 June 2011

ICT BM - MSC

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=95&ved=0CDYQFjAEOFo&url=http%3A%2F%2Fwww.mscmalaysia.my%2Fcodenavia%2Fportals%2Fmsc%2Fimages%2Fimg%2Frakyat%2Fempower_your_life%2Fempowering_learning%2FICTBM.pdf&rct=j&q=penggunaan%20komputer%20dalam%20pengajaran%20bahasa%20melayu&ei=SvXyTeWTDsqurAe8lbjoBg&usg=AFQjCNE6_djW4yVjEChyEhDKMzL0DChkWg&cad=rja

Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=25&ved=0CDYQFjAEOBQ&url=http%3A%2F%2Ffiles.saufiarshad.webnode.com%2F200000028-afff9b0fa3%2FApakah%2520yang%2520anda%2520faham%2520tentang%2520istilah%2520teknologi.pptx&rct=j&q=TMK%20bahasa%20melayu&ei=qfTyTae2IZDOrQfe9YDVBg&usg=AFQjCNGawZxkqdt1m00JhqZQjQjO3K47Mg&cad=rja

Penggunaan TMK dalam Bahasa Melayu

Kajian ini merupakan satu kajian awal tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia melalui kepemimpinan instruksional di sekolah. Kajian ini menggunakan konstruk Tujuh Perkara Kepemimpinan Instruksional McEwan (Seven Steps to Effective Instructional Leadership) yang disesuaikan dengan mata pelajaran Bahasa Melaysia. Kajian ini melihat peranan guru besar melalui kepemimpinan instruksional yang dijangkakan dapat menjadi faktor penggerak ke arah penggunaan TMK dalam mata pelajaran yang berkenaan. Kajian mendapati bahawa dalam pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Malaysia berbantukan TMK,

Maklumat Lanjut Sila Klik Pautan Di Bawah Ini

http://www.iabu.moe.gov.my/kolokium2011/kertas%20kerja%20pdf/12.%20%20Lokman%20Abd%20Wahid-%201st%20Proof%20Read%20-%20Copy.pdf

TMK Bahasa Melayu

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=1&ved=0CBoQFjAA&url=http%3A%2F%2Ffiles.orazza.webnode.com%2F200000001-ecf27ed875%2FNota%2520Kuliah%25201.pdf&rct=j&q=TMK%20bahasa%20melayu%20&ei=__LyTdqfJIPnrAfA1vz3Bg&usg=AFQjCNFSx-h9SAmMPp94ypmhzCW4IbvG0Q&cad=rja

Wednesday, 8 June 2011

Cara Membina Blog

Langkah-langkahnya:

  • Apabila keluar laman gmail klik Gmail Blog yang berada di bahagian bawah.
  • Seterusnya klik pada Rekalah Blog.
  • Kemudian isi maklumat yang diminta di ruangan yang disediakan.
  • Setelah selesai klik Teruskan.
  • Selepas itu namakan blog anda dan URL kemudian klik Teruskan.

  • Setelah itu pilih templat yang diingini. Klik Teruskan.
  • Langkah seterusnya klik MULAKAN PEMBLOGAN.
  • Buat catatan baru kemudian klik Terbitkan Catatan.
  • Untuk lihat blog anda, klik pada (dalam tetingkap baru).
  • Untuk menambah sebarang alat tambahan klik Peribadikan.
Rekalah blog seperti yang anda inginkan.
Selamat Menerokai Dunia Blog!

A Vision of 21st Century Teachers

http://www.youtube.com/watch?v=B4g5M06YyVw

Monday, 6 June 2011

Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Bahasa

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=3&ved=0CCoQFjAC&url=http%3A%2F%2Fwebhost.tsu.ac.th%2Fsmuhammad%2Fpdf%2FPenggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf&rct=j&q=teknologi%20dalam%20bahasa%20melayu&ei=KcXrTaC9DNDxrQfr68nfBQ&usg=AFQjCNFVd3bcVg9tSRN7KZI5wpmvwRVjvg&cad=rja

Komunikasi Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer, modem, dan talian yang dihubungkan dengan talian telefon. Dengan adanya komputer yang dihubungkan dengan talian telefon ini, kita dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh raya maklumat, mencapai maklumat, dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet. Komunikasi berperantaraan komputer merangkum perkhidmatan mel elektronik, papan buletin, persidangan komputer, sembang siber, dan laman web.

Guru yang menggunakan perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini perlu mempunyai pengetahuan minimum berikut:

1. Pengetahuan tentang cara menggunakan Program Pencarian maklumat seperti Nescape Navigator,   
    Microsoft Explorer, dan sebagainya.
2. Pengetahuan tentang penggunaan mel elektronik.
3. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu komuniti.
4. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber.
5. Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam persidangan komputer dan sembang
   siber.


Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren semata-mata, tetapi untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan oleh guru dan pelajar. Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka dengan segera untuk membolehkan komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan dan seterusnya digunakan sebagai alat bantu mengajar bahasa. Selain itu, peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan berkomunikasi dengan pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tidak banyak pelajar yang memiliki komputer peribadi di rumah. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar tersebut kerana daripada banyak kajian yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992 dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar yang menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam pemelajaran suatu kursus lebih baik apabila mereka mempunyai kemudahan komputer di rumah.

 Harapan dan Masa Depan

Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka pengajaran multimedia sedia ada. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka modul sedia kala; kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod “siasat dan putus”. Dan untuk sub-topik kita boleh rujuk pelajar ke fail-fail video oleh pakar dalam subjek. Untuk penilaian, pelajar boleh capai pelayan institusi melalui web dan dibekal senario yang lebih terbuka agar mereka dapat lakukan penyelesaian terhadap masalah yang dipaparkan. Pelajar boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam dalam pemilihan jawapan, dan juga masukkan respons berbentuk esei.
Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum balas serta-merta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia ada akan dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Apa yang dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri, dan lambat-laun akan mengesan pangkalan pengetahuan untuk kemajuan diri. Tugas muktamad adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai aset intelektual, satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Mod ini akan memenuhi kriteria “belajar melalui membuat” bukan untuk belajar. Lama-kelamaan ia akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.

Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar senario dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990), universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu dijadikan penggerak pertukaran maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Lembaran baru kemudian akan diperoleh melalui antara muka pasukan [team interface] (Brown, 1986). Persekitaran yang menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari muka (Schrage, 1990). Intranet/Internet dan WWW akan menjadi tulang belakang maklumat.

Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini harus dibicara sebagai teknologi prestasi manusia. Harus diandaikan di sini bahawa sekolah atau universiti sudah mempunyai prasarana yang cukup, dan kleinnya juga kenal dan faham komputer. Pengajaran akan memudahcarakan pembelajaran sesuatu topik adalah seperti berikut:
● Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.
● Menggalakkan pelajar “ingin tahu” dan jelajah pelbagai sumber maklumat.
● Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik.
● Bekalkan maklum balas pakar.

MAKLUMAT SELANJUTNYA ANDA BOLEH KLIK LINK DI BAWAH INI....

http://webhost.tsu.ac.th/smuhammad/pdf/Penggunaan%20Komputer%20dlm%20pengajaran%20bahasa.pdf

Penat.....

Penat Tol sehari dua ni, mana xnye, Banyak tol undangan Perkahwinan ni, Sebelum kelas Di UUM pun dah bnyak jemputan, lepas blik Kelas lg bnyak Undangan, Kenyang Perut aje, heheh, mna lg dengan tugasannya....